28 Ogos 2008

Sumpah Anwar


Akhirnya Anwar Bin Ibrahim bersumpah juga... tapi bukan untuk menafikan tuduhan liwat ke atasnya, tetapi untuk memenuhi kemaruk nafsunya untuk berkuasa.

Tidak pula kedengaran dia meminta pandangan atau fatwa mana-mana ulamak muktabar sama ada sumpah yang diangkatnya itu untuk menjadi ahli parlimen adalah sah ataupun tidak.

Tidak cukup dengan mempergunakan seorang alim ulamak, Dr. Yusuf Qardhawi sebagai alasan untuknya tidak mengangkat sumpah, Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi turut dipergunakan sebagai bahan kempennya untuk mengelirukan para pengundi semasa PRK Permatang Pauh. Maka soalnya sekarang, siapa yang memperalatkan ahli-ahli agama untuk kepentingan dirinya?

Tidak juga dia menimbulkan 'ketakutan' sekiranya sumpahnya sebagai ahli parlimen itu akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Benarkah dia akan 'MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN' sepertimana yang dilafazkannya dalam sumpahnya itu?

Untuk merealisasikan konsep kesamarataan yang dijajanya itu, tidakkah Hak Keistimewaan Melayu dan Agama Islam yang terdapat dalam perlembagaan, akan perlu dipinda atau dibuang?

Adakah sama perlembagaan sebuah kerajaan beraja dengan perlembagaan sebuah kerajaan republik (a.k.a 'Kerajaan Rakyat')?

Multimedia