03 November 2008

Majlis Mesra Aidil Fitri Meriah

Lihat Album: Majlis Mesra Aidil Fitri 2008 Anjuran Bersama UCDJ & UCDJW

DESA JAYA, 31 Okt. - Majlis yang dianjurkan secara bersama oleh UMNO Cawangan Desa Jaya dan Desa Jaya Wawasan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran begitu ramai tetamu-tetamu jemputan dan ahli-ahli UMNO setempat.

Selain meraikan Aidil Fitri, majlis turut meraikan 5 orang bakal haji yang akan berlepas ke tanah suci keesokan harinya. Mereka adalah Hj. Genger dan isteri, En. Mohamed Yahya dan isteri serta Hjh. Norsiah.

Disamping itu juga, majlis turut meraikan Ketua Cawangan, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO Cawangan Desa Jaya yang telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa di peringkat Bahagian.

Majlis diserikan dengan kehadiran pimpinan UMNO Bahagian Subang, Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Subang.

02 November 2008

Judi, Maksiat : PAS Tidak Bertanggungjawab

Mingguan Malaysia - Kerajaan Perak serah JAIP bendung judi, maksiat

IPOH 1 Nov. – Kerajaan Perak yang diterajui Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah membincangkan sebarang usaha pelaksanaan undang-undang Islam bagi membendung gejala judi dan maksiat membabitkan umat Islam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ini kerana sudah ada agensi serta institusi tertentu seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk menangani masalah itu.

Beliau berkata, sebarang perbincangan ke arah itu oleh kerajaan negeri memerlukan satu kajian terlebih dahulu kerana masalah tersebut turut melibatkan orang bukan Islam.

‘‘Kita tidak boleh mengambil jalan mudah dengan menutup pusat-pusat hiburan dan kedai judi kerana kita kena ingat Perak juga mempunyai kaum-kaum lain.

‘‘Di Punjab, Pakistan yang penduduknya hampir 100 peratus Islam pun susah untuk melaksanakan, inikan pula di Perak yang mempunyai pelbagai kaum dan agama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima’ Persatuan Agama Islam Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Malaysia Perak (Intim) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanya sama ada Kerajaan Perak mempunyai sebarang perancangan untuk menangani gejala maksiat membabitkan orang Islam yang berleluasa di negeri ini.


Dulu bukan main galak lagi mereka itu mempersalahkan kerajaan Barisan Nasional atas masalah dan gejala sosial serta keruntuhan akhlak yang berlaku kerana membenarkan pusat-pusat hiburan dan kedai judi dibuka.

Ia juga turut menjadi bahan kempen mereka untuk meraih undi dengan memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional.

Kini, apabila 'pisau dan timun' sudah di tangan, begitu mudah pula mereka mahu meloloskan diri dari tanggungjawab mereka dengan mencampakkan tanggungjawab itu kepada Jabatan Agama Islam semata-mata.

Selepas ini, mereka tidak ada alasan lagi untuk menyalahkan kerajaan Barisan Nasional sebagai penyebab gejala sosial di negara ini. Mereka perlu salahkan pula semua Jabatan-jabatan Agama, Majlis-Majlis Agama, Majlis Fatwa, Majlis Ulama', Institusi-institusi Islam hatta ke ahli-ahli jawatankuasa Masjid.

30 Oktober 2008

Notis Mesyuarat Kali Pertama Jawatankuasa UMNO Cawangan Desa Jaya 2008-2011

No. Rujukan : UCDJ/Ketua/2008-2011(01)
Tarikh : 30 Oktober 2008

Assalaamu’alaikum w.b.t

Semua Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Sessi 2008 - 2011

Tuan / Puan / Sdra / Sdri,

NOTIS MESYUARAT JAWATANKUASA UMNO CAWANGAN DESA JAYA KALI PERTAMA

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Cawangan Desa Jaya Kali Pertama bagi sessi 2004 – 2008 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh :
02 November 2008 (Ahad)

Masa :
09.00 malam

Tempat :
Dewan UMNO Desa Jaya

Agenda :
1. Pengerusi memulakan mesyuarat.
2. Perlantikan Pegawai dan Ahli jawatankuasa Tambahan.
3. Penubuhan Biro
4. Hal-hal lain.
5. Mesyuarat ditangguhkan.

Kehadiran tuan / puan amatlah diharapkan bagi melancarkan perjalanan dan pengurusan UMNO cawangan ini.

Sekian, Terima kasih.

NASARUDDIN BIN AHMAD
Ketua

s.k.
1. Setiausaha UMNO Bahagian Subang
2. Fail

28 Oktober 2008

Datang Jangan Tak Datang


BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIIM


Jemputan ke :

MAJLIS KESYUKURAN DAN SAMBUTAN AIDIL FITRI 1429H

Anjuran Bersama :

UMNO CAWANGAN DESA JAYA

&

UMNO CAWANGAN DESA JAYA WAWASAN

Tarikh :
31 OKTOBER 2008 (JUMAAT)

Masa :
9.00 MALAM

Lokasi :
DEWAN UMNO DESA JAYA

Semua yang berkelapangan dan kelaparan dijemput hadir.

Turut Mengundang :
Seisi AJK

01 Oktober 2008

Salam Aidil Fitri 2008


UMNO Cawangan Desa Jaya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1429H, maaf zahir dan batin kepada semua ahli-ahli UMNO, muslimin dan muslimat sekalian dimana jua anda berada.

31 Ogos 2008

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



UMNO Cawangan Desa Jaya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke 51 kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang agama, bangsa dan fahaman politik.

Malaysia hanya satu...

28 Ogos 2008

Sumpah Anwar


Akhirnya Anwar Bin Ibrahim bersumpah juga... tapi bukan untuk menafikan tuduhan liwat ke atasnya, tetapi untuk memenuhi kemaruk nafsunya untuk berkuasa.

Tidak pula kedengaran dia meminta pandangan atau fatwa mana-mana ulamak muktabar sama ada sumpah yang diangkatnya itu untuk menjadi ahli parlimen adalah sah ataupun tidak.

Tidak cukup dengan mempergunakan seorang alim ulamak, Dr. Yusuf Qardhawi sebagai alasan untuknya tidak mengangkat sumpah, Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi turut dipergunakan sebagai bahan kempennya untuk mengelirukan para pengundi semasa PRK Permatang Pauh. Maka soalnya sekarang, siapa yang memperalatkan ahli-ahli agama untuk kepentingan dirinya?

Tidak juga dia menimbulkan 'ketakutan' sekiranya sumpahnya sebagai ahli parlimen itu akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Benarkah dia akan 'MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN' sepertimana yang dilafazkannya dalam sumpahnya itu?

Untuk merealisasikan konsep kesamarataan yang dijajanya itu, tidakkah Hak Keistimewaan Melayu dan Agama Islam yang terdapat dalam perlembagaan, akan perlu dipinda atau dibuang?

Adakah sama perlembagaan sebuah kerajaan beraja dengan perlembagaan sebuah kerajaan republik (a.k.a 'Kerajaan Rakyat')?

Multimedia