30 April 2008

BSKL Rugi RM140 Billion Kerana UMNO?

Siasah - BSKL rugi RM140 bilion?
Tuesday, April 29, 2008

KOTA BHARU, 29 April: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sudah kerugian kira-kira RM140 bilion sejak dua bulan lalu dan faktor terbesar akibat dari ketidakstabilan kerajaan yang ada.

Oleh itu, beliau mencadangkan agar ia dihentikan segera.

"Kita mendengar ada desakan dari dalam Umno sendiri agar Perdana Menteri meletakkan jawatan...mungkin ia boleh hentikan ketidakstabilan ini," kata Husam.

Exco kerajaan negeri Kelantan itu berkata demikian ketika menggulung perbahasan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan Selasa lepas.

Ucapan beliau bagaimanapun diganggu oleh Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Che Alwi Che Ahmad dengan berkata isu itu adalah isu nasional dan perlu dibawa oleh wakil-wakil PAS di Dewan Rakyat bukannya di Dun Kelantan.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, seorang penganalisa ekonomi, Alex Ong bersetuju dan mendakwa dakwaan Husam itu ada kebenarannya.

"Sejak Disember 2007 lalu, index komposit BSKL sudah turun dari 1445 point kepada 1227 point pada 9 April lalu. Jadi mungkin angka yang diambil oleh beliau adalah dari pilihan raya hingga sekarang," kata Alex ketika dihubungi Siasah bagi mengulas perkara itu.

Menurut Alex, nilai satu mata bagi indeks BSKL adalah kira-kira RM770 juta.

"Pada pertengahan Januari 2008, indeks BSKL memang ada yang mencecah 1300 mata dan jatuh pada 1200 mata pada minggu kedua April ini. Jika begitu benarlah dalam tempoh itu kita kerugian RM140 bilion," kata Alex.

Yang merisaukan Alex adalah kehilangan wang rakyat, misalnya tabung KWSP yang digunakan untuk menyokong pasaran saham ini dari jatuh lebih teruk.

Saya bukanlah seorang ahli ekonomi mahupun ahli politik ekonomi. Tapi sebangang-bangang saya pun, terfikir... bagaimana pula En. Husam Bin Musa boleh membuat satu analisa yang amat berat sebelah?

Tentulah jawapannya tak lain dan tak bukan kerana politik. Nak kata En. Husam ni bangang macam saya, dia tu kan Naib Presiden PAS. Bukan calang-calang orang boleh jadi Naib Presiden PAS. Takkanlah ahli-ahli PAS begitu bangang nak ambil orang yang bangang untuk jadi Naib Presiden PAS.

Saya yakin, En. Husam pasti tahu bahawa krisis di dalam parti UMNO bukanlah faktor utama yang menyebabkan kejatuhan BSKL. Ada faktor yang lebih besar lagi dari itu yang membimbangkan malah menakutkan para pelabur dari dalam dan luar negara.

Tapi tidak... kenapa nak diketengahkan faktor itu kalau krisis UMNO boleh dijadikan modal?

Apakah faktor yang lebih menakutkan itu? Apalagi kalau bukan faktor En. Anwar Bin Ibrahim. Jika En. Husam menggunakan otaknya yang pandai itu untuk membaca kenyataan-kenyatan yang dibuat oleh En. Anwar Bin Ibrahim untuk merampas tampuk pemerintahan, En. Husam sendiri akan nampak dengan jelas bahawa En. Anwar Bin Ibrahimlah yang menjadi faktor utama yang menggugat kestabilan kerajaan.

Pelabur mana yang tak takut dan bimbang bila ada mana-mana negara dalam dunia ini akan bertukar pemerintahan? Cik Teresa Kok sendiri pun mengatakan ada pelabur yang menarik pelaburan mereka dari negeri Selangor apabila Selangor jatuh ke tangan pembangkang kerana tidak yakin dengan kerajaan yang baru.

Jadi bagaimana En. Husam boleh mengabaikan terus faktor En. Anwar Bin Ibrahim dan menyalahkan UMNO sepenuhnya terhadap ketidakstabilan kerajaan?

Penganalisa Ekonomi, En. Alex Ong pula hanya menyokong dakwaan kerugian yang dialami oleh BSKL, bukannya faktor UMNO menyebabkan ketidakstabilan kerajaan seperti yang didakwa oleh En. Husam.

Oleh itu, diharapkan En. Husam elakkanlah dari membuat kenyataan yang berat sebelah dan tidak adil terhadap mana-mana pihak. Awak tu Naib Presiden PAS, tunjukkanlah contoh yang baik.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

29 April 2008

SMS Aduan Paya Jaras


Setelah hampir tiga bulan Laman Web ADUN Paya Jaras terlelap, akhirnya ia terjaga pada 26hb. April yang lepas apabila ADUN Paya Jaras YB Bushro mengumumkan penggunaan platform SMS sebagai satu wadah bagi rakyat terutamanya para pengundi di DUN Paya Jaras untuk menyalurkan aduan dan permasalahan mereka kepada Sekretariat DUN Paya Jaras.

Langkah untuk menggunakan platform SMS tersebut adalah bersesuaian dengan gaya hidup rakyat masakini yang lebih mudah menggunakan SMS daripada melayari internet untuk membuat aduan.


SMS Aduan Paya Jaras tersebut akan aktif secara rasminya pada 10 Mei 2008.

ADUN Paya Jaras dah buat, jadi ADUN Bukit Lanjan bila pula? Takkan sibuk main masak-masak dengan Teresa kat belakang Bangunan SUK kot?

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Dalam Kenangan


Inilah gambar barisan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang baru. Melihat dari gambar tersebut, rasa macam ada yang tak kena pula. Atau yang luar dari tabi'i.


Oo.. rupa-rupanya Cik Teresa Kok terlupa agaknya nak tutup aurat dia. Kaki ADUN lain semua hitam-hitam, Cik Teresa seorang sahaja yang kaki warna macam kulit kawan dia dari Sepang tu.


Haa yang ni pula... ADUN Bukit Lanjan, Cik Elizabeth Wong. Nampak macam pakai baju kurung... mungkin juga gaun labuh. Sekurang-kurangnya Cik Eli pandai juga jaga aurat dia walaupun tak bertudung. Nampak ayu gitu.


Aik... siapa tu... oo Ex-MB rupanya. Nampak comel dan kiut gitu. Tapi kenapa dok asak kawan kat sebelah tu? Takut tak masuk 'frame' ke YB?


Akhir sekali, kelihatan YB Bushro, satu-satunya ADUN Barisan Nasional yang menang dalam Parlimen Subang.

Demikianlah kenangan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor pada kali ini. Sehingga berjumpa lagi.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

28 April 2008

Untuk di renungkan dan yang mengaku diri nya MELAYU

Melayu - Dato' Dr. Usman Awang

" Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "



Ayuh….Bangsaku bangun dari lena
Memperjuangkan Agama , Bangsa dan Negara
Usah kau berpaling kebelakang
Pandang ke depan
Kerana bangsamu menanti mu
Hidup Melayu , hidup Melayu , hidup Melayu

27 April 2008

Mudahnya DAP membangangkan PAS

Mulanya, pada 24 April 2008, dalam 'Shoutbox' kendalian laman web PAS Johor Bahru, si Alif ni kata Karpal Singh halal dibunuh kerana menghina Islam.


Dua hari kemudian, keluarlah tuntutan dari Naib Pengerusi DAP Negeri Johor, En. Norman Fernandez supaya pihak PAS Johor Bahru "mengeluarkan komen si Alif, memohon maaf kepada Karpal Singh dan memastikan komen yang sedemikian rupa tidak disiarkan lagi dalam laman web PAS Johor Bahru selepas ini".

TheStar - DAP upset over ‘kill Karpal’ call
Saturday April 26, 2008

JOHOR BARU: The state DAP is upset over a comment left on a PAS website that called for the murder of DAP national chairman Karpal Singh and is calling for an apology.

Johor DAP vice-chairman Norman Fernandez said that it was unacceptable for the message to be posted on the Johor Baru PAS website especially when Pakatan Rakyat was trying to introduce a new era in politics.

“We want them to take the comment out, apologise to Karpal and ensure that no inciting messages will be put on their website henceforth,” he said.

The comment dated April 24 was listed on the website Shoutbox and was written by a commenter called “Alif” who alleged that Karpal had insulted Islam and that “darahnya halal dibunuh” (it's justifiable to kill him).

He added that for Pakatan Rakyat to succeed, mutual respect was needed and it was the responsibility of the webmaster to ensure that such comments did not appear on the party website.

Meanwhile, Johor PAS Commissioner Datuk Dr Mahfodz Mohamad said the comment posted was not the stand of the Johor PAS.

Kemudian pada hari yang sama, Pengerusi Lajnah IT & Keahlian PAS Johor Bahru, En. Faizal Abdul Majid, dengan penuh kerelaan memenuhi kemahuan saudara 'lain mak-lain bapak-lain agama'nya itu.

Masalahnya, mungkin juga disebabkan saudaranya En. Norman Fernandez itu juga adalah saudara 'lain mak-lain bapak-lain agama-lain bahasa', maka En. Faizal yang mungkin kurang mahir dengan penggunaan bahasa Inggeris kerana belajar setakat pondok agama sahaja, telah mengeluarkan kenyataan minta maaf kepada Parti DAP, bukannya kepada En. Karpal Singh, sepertimana yang En. Norman Fernandez mahukan.

Sebagai perencah, En. Faizal juga secara terang-terangan menafikan prinsip 'keadilan' dengan menyalahkan ahli-ahli UMNO (sama bangsa, sama bahasa, sama-sama Islam - tapi bukan saudara kepada En. Faizal, sedangkan orang-orang Islam itu adalah bersaudara) yang tidak terlibat langsung dalam percumbuan antara PAS dan DAP Johor Bahru itu.

Pas Johor Bahru - Kenyataan Maaf PASJB Kepada DAP
Mula dipamer pada 26 April 2008

Kenyataan ini adalah respon kepada kenyataan media yang dibuat oleh Sdr Norman Fernandez selaku Naib Pengerusi DAP Johor yang kesal dengan komen pelayar dalam shoutbox PASJB yang dipanggil Alif yang mengancam Pengerusi DAP Pusat YB Karpal Singh dengan mesej 'darahnya halal dibunuh'.

PASJB dengan ini meminta maaf dan sangat kesal dengan apa yang berlaku setelah rakyat meletakkan harapan tinggi kepada PAS,DAP dan PKR yang mahukan era baru politik tanah air yang gemilang di bawah gabungan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Serentak dengan itu juga mesej tersebut telah dikeluarkan dari senarai komen dalam web PASJB demi menjaga maslahat iaitu kepentingan dan keharmonian kerjasama parti-parti gabungan dari Pakatan Rakyat. Namun begitu, PASJB tidak pernah dan InsyaAllah tidak akan mempraktikkan penyuntingan sebarang mesej yang dihantar pelayar selagimana tiada unsur menghina Islam, menipu atau menggodam salurannya. PASJB juga megutuk penipuan maklumat dan pennyalahgunaan nama orang lain.

Walau bagaimanapun PASJB sentiasa menghulurkan salam persahabatan dan sentiasa membuka pintu untuk sebarang perbincangan supaya kita boleh memberi faham kepada seluruh pemimpin parti politik dan rakyat Malaysia apa itu kebaikan dan kebajikan Islam.

Barangkali juga salah faham tentang Islam itu wujud dan berpunca dari Umno yang majoritinya terdiri dari orang Islam tetapi tidak beramal dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada bukan Islam.

Ada kalanya idealogi politik seseorang mempengaruhi tindak tanduk seseorang yang responsif kepada apa jua isu yang dibawakan oleh pemimpin-pemimpin politik dan PAS menghormati pandangan dan idealogi sesiapun asalkan tidak wujud unsur-unsur yang membawa kepada perpecahan yang akhirnya boleh merugikan parti dan rakyat.

Jelasnya disini PAS sentiasa berjuang untuk menyatukan rakyat Malaysia agar hidup dengan aman dan harmoni dan mengenepikan terus anasir-anasir perosak yang boleh memecahbelahkan masyarakat.

Kami berharap pihak DAP boleh membaca dan respon kepada artikel kami bertajuk "Ramai Tak Faham Konsep Negara Islam Sebenar"

Hidup Rakyat! Hidup Pakatan Rakyat!

Faizal Abdul Majid
Pengerusi Lajnah IT & Keahlian
PAS Kawasan Johor Bahru

Kemudiannya pula, dengan tidak semena-mena, juga pada hari yang sama, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, En. Mahfudz Mohammad telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu kenyataan kontroversi si Alif itu.

Mengulas kenyataan rasmi oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Johor tersebut, nampaknya Pesuruhjaya itu juga adalah saudara kepada En. Norman Fernandez. Jadi oleh kerana mereka ini (Norman, Faizal dan Mahfudz)adalah 3 bersaudara, maka bolehlah dianggap isu ini sebagai masalah dalaman keluarga sahaja. Oleh itu, tidak wajar keluarga tersebut menyalahkan keluarga lain (UMNO) di atas masalah yang mereka timbulkan sendiri.

Merujuk kepada Perkara 2 dalam kenyataannya itu, boleh dilihat En. Mahfudz turut menyalahkan pihak wartawan yang menggembar-gemburkan isu berkenaan. Nampaknya bukan UMNO sahaja yang menjadi mangsa, wartawan yang hanya menjalankan tugas mereka pun turut disalahkan.

Dari petikan The Star yang di atas : "Meanwhile, Johor PAS Commissioner Datuk Dr Mahfodz Mohamad said the comment posted was not the stand of the Johor PAS" - ini menunjukkan memang pihak wartawan telah merujuk kepada En. Mahfudz terlebih dahulu sebelum artikel The Star tersebut disiarkan.

Merujuk pula kepada Perkara 3 dan 5, dua kenyataan yang bertentangan! PAS negeri kata, tak perlu minta maaf pasal bukan isu pun. Pas Kawasan kata, dah minta maaf dah pun.

Jadi di sini boleh digambarkan senario di mana En. Faizal telah mengambil inisiatif sendiri untuk memohon maaf kepada Parti DAP (bukannya kepada En. Karpal Singh) tanpa merujuk dahulu kepada PAS Negeri. Lagi mahu salahkan wartawan kerana tidak merujuk kepada En. Mahfudz terlebih dahulu sedangkan orang bawahannya juga yang memandai sendiri tanpa merujuk kepadanya.

Senario tersebut diperkukuhkan dengan tersiarnya kenyataan En. Faizal di laman web PAS Johor bahru terlebih dahulu, dan hanya beberapa jam selepas itu barulah kenyataan rasmi PAS Negeri tersebut disiarkan.

Hanya satu artikel dalam surat khabar sahaja oleh pihak DAP tapi sampai 2 kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak PAS. Begitulah 'kepoh'nya PAS Johor.

KENYATAAN AKHBAR BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI JOHOR
26hb. APRIL, 2008

ISU KENYATAAN KONTROVERSI DALAM LAMAN WEB PAS JOHOR BAHRU

PAS Negeri Johor ingin membuat kenyataan berkaitan dengan isu "darah YB Karpal Singh halal dibunuh" yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily dan The STAR keluaran Sabtu, 26 April, 2008 serta kenyataan Sdr. Norman Fernandez, Naib Pengerusi DAP Negeri Johor.

1. Kenyataan tersebut bukanlah merupakan kenyataan atau pendirian PAS Johor Bahru ataupun PAS Negeri Johor. Kenyataan tersebut adalah sebenarnya pandangan atau komen pembaca laman web yang bernama "Alif" di siarkan dalam ruangan interaksi "Shoutbox" laman web PAS Johor Bahru. PAS tidak mengenali siapakah Alif dan juga identiti dirinya.

2. PAS Negeri Johor menyarankan kepada wartawan atau pemberita supaya membuat rujukan terlebih dahulu dengan kepimpinan PAS Johor terutamanya Prof. Dato' Dr. Mahfudz Mohammad, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor sebelum membuat sebarangan ulasan di dalam akhbar. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham ke atas ulasan yang diterbitkan nanti.

3. Isu memohon maaf tidak timbul sama sekali kerana kenyataan tersebut bukanlah merupakan kenyataan atau pendirian rasmi PAS Negeri Johor.

4. Bagi kebaikan bersama, PAS Negeri Johor telah mengarahkan penyelia laman web PAS Johor Bahru supaya memadamkan kandungan kenyataan tersebut di dalam ruang shoutbox website PAS Johor Bahru di samping PAS Johor Bahru membuat komitment untuk menapis terlebih dahulu komen-komen yang diterima sebelum disiarkan dalam laman web.

5. PAS Johor Bahru telah membuat kenyataan maaf kepada DAP diatas apa yang telah berlaku yang juga disiarkan dalam laman web tersebut.

Sekian, terima kasih.

Prof. Dato' Dr. Mahfudz Mohammad
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
019-3531430

Persoalannya sekarang, dimana bangangnya PAS sepertimana tajuk catatan pada kali ini?

Bangangnya PAS kerana bukan mereka tidak tahu bahawa sesiapa pun boleh menjadi 'Alif' dan mengeluarkan komen ancaman sedemikian. Mungkin saudara mereka sendiri, En. Norman Fernandez yang menyamar sebagai Alif. Lebih dahsyat lagi, mungkin En. Karpal sendiri yang menyamar sebagai Alif dan mengeluarkan komen tersebut sebagai satu bentuk provokasi. Tapi pihak PAS tetap memohon maaf seolah-oleh komen tersebut dibuat oleh pihak PAS sendiri.

Bangangnya PAS kerana menerima sahaja perlakuan saudara sepakatan mereka iaitu DAP sehingga sanggup mengaku bersalah atas sebab yang tidak berasas dan menyalahkan pula pihak lain yang tiada kaitan langsung, atas alasan untuk menjaga kepentingan pakatan. Biarlah PAS/Islam/Melayu dibangang-bangangkan, asalkan BN dapat digulingkan hatta dengan cara bersaudara dengan syaitan sekalipun.

Dalam perkembangan terkini, En. Karpal Singh telah membuat laporan polis di Pulau Pinang berkaitan isu ancaman pembunuhannya itu, hari ini.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

26 April 2008

Maulid Ilyaas dan Afa

Ilyaas dan Afa

Ilyaas Ahmad Husaini, anak sulong Setiausaha UMNO Cawangan, genap usianya 2 tahun hijrah. Ilyaas dilahirkan pada 19 Rabiul Akhir 1428H bersamaan 17 Mei 2006.

Norfarzana atau Afa, puteri ketiga Roslin (AJK Pemuda UMNO Cawangan) juga genap usianya 2 tahun semalam. Afa dilahirkan pada 25 April 2006, 22 hari lebih awal dari Ilyaas. Sambutan harijadi Afa telah diadakan dirumahnya hari ini.

Afa menyambut harijadinya yang kedua.

Kedua-duanya dilahirkan di hospital yang sama iaitu di Damai Service Hospital, Taman Melawati.

Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi dan dipelihara oleh Allah s.w.t.

Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378

Kenyataan Rasmi Berkenaan Pemimpin Lompat Parti


Sesuatu yang memeranjatkan saya telah sampai ke telinga ini dari kengkawan kita. Baru tiga hari saya keluar dari Hospital Tawakal dah bermacam perkhabaran saya terima. Ada yang menyenangkan dan ada pula yang sebaliknya. Tetapi ada satu perkhabaran yang sungguh sensasi. Bak kata omputeh 'breaking news'.

Ada desas desus yang mengatakan bahawa Pemangku Ketua UMNO Cawangan Desa Jaya akan beralih arah dan melompat parti untuk menjadi ahli PKR (????).

Beberapa orang kengkawan telah bertanya kepada saya sama ada ianya benar atau cuma khabar angin?

Biarlah saya nyatakan pendirian saya sekarang, biar semua orang tahu.

Ingin saya nyatakan di sini bahawasanya saya masih lagi seorang ahli UMNO dan tak mungkin saya akan mengkhianati parti yang telah sebati di dalam darah daging saya ini.

Mungkin desas desus ini sengaja diada-adakan memandangkan tahun ini ada pemilihan di peringkat cawangan. Muslihat disebaliknya mungkin untuk memburuk-burukkan nama saya.

Kepada yang memulakan khabar angin ini saya minta hentikanlah. Janganlah memecah belahkan lagi perpaduan orang Melayu khusus nya di Desa Jaya ini.

Mari lah kita sama-sama mengambil ikhtibar dan bekerjasama untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara kita.

Wassalam

Nasaruddin Bin Hj. Ahmad,
Pemangku Ketua UMNO,
Cawangan Desa Jaya,
Bahagian Subang

Multimedia